Who We Are?

Logo - MWBF
Malaysian Wheelchair Basketball Federation’s Logo

Persekutuan Bola Keranjang Kerusi Roda Malaysia (Malaysian Wheelchair Basketball Federation) atau ringkasnya disebut sebagai MWBF telah didaftarkan sebagai badan sukan di bawah seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 secara rasmi pada 19 September 2005 dengan nombor pendaftaran 1594/ 2005.

Objektif dan Matlamat adalah untuk menggalakkan dan membangunkan sukan bola keranjang kerusi roda di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

  1. Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawalseliaan antarabangsa bagi sukan bola keranjang kerusi roda.
  2. Untuk memastikan prosedur pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili Negara dalam sukan bola keranjang kerusi roda adalah terbuka dan adil.
  3. Untuk mewakili Negara Malaysia dalam mana-mana pertandingan sukan bola keranjang kerusi roda.
  4. Untuk memastikan akaun teraudit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan Persekutuan yang sebelumnya, dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan berserta dengan apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya Sukan.
  5. Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah-kaedah Persekutuan dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli.
  6. Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Persekutuan, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
  7. Semua wang keuntungan yang didapati oleh Persekutuan daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persekutuan ini. Sesungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persekutuan ini.  Persekutuan juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan dalam Tabung Kewangan Persekutuan.
  8. Untuk menjalankan aktiviti tanpa ada diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.

Persekutuan Bola Keranjang Kerusi Roda Malaysia