1027_1167156663312914_2423012908335963145_n

Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-10 MWBF

Pada 14 November 2015, MWBF telah menyambut ulang tahun ke-10 menerusi Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-10 MWBF dan pelancaran majalah ‘MWBF2015’ di Pusat Rekreasi JKK, Bt 11 Cheras. Majlis sambutan ulang tahun dengan slogan “Kegemilangan 10 Tahun Satu Kebanggaan, Perjuangan Sentiasa Diteruskan” telah dirasmikan oleh YABhg Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 dengan kehadiran YABhg Tun Jeanne Abdullah dan YB Datuk Senator Koh Chin Han, wakil YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai. Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi turut berbesar hati melancarkan malajah MWBF 2015.

Majlis Makan Malam 2015 turut menyaksikan persembahan – persembahan menarik daripada atlet – atlet bola keranjang kerusi roda serta tarian – tarian yang menarik perhatian. Selain daripada itu, tetamu – tetamu kehormat majlis turut memperoleh senaskah majalah terbitan istimewa tersebut. Majalah MWBF 2015 padat dengan asal usul MWBF, aktiviti – aktiviti MWBF dan pencapaian – pencapaiannya di samping informasi menarik yang lain.

Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-10 MWBF
Persembahan Atlet – Atlet Bola Keranjang Kerusi Roda
Upacara Menandatangani Bola Keranjang yang disempurnakan oleh YABhg Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi
Pelancaran Majalah MWBF 2015
Tetamu – tetamu kehormat bergambar bersama – sama
Presiden MWBF, Dato’ Liew Yuen Keong memberikan ucapan
Setiausaha Kehormat MWBF, Dr Ang Kean Koo menerangkan kepada YABhg Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi tentang Majalah MWBF 2015

ALBUM

MWBF mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan anda yang tidak terhingga! #MWBFBoleh