14492424_10155137876048484_4194962525023875505_n

Memorandum Persefahaman (MoU) antara MWBF dan MVP Marketing

Pada 26 September 2016, Persekutuan Bola Keranjang Kerusi Roda Malaysia (MWBF) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama dengan MVP Marketing Sdn Bhd di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan dan disaksikan oleh Penaung Persekutuan, Tun Jeanne Abdullah.

Menerusi MoU tersebut, MWBF akan bekerjasama dengan MVP Marketing Sdn Bhd dalam membangunkan dan mempromosikan sukan bola keranjang kerusi roda di Malaysia.

Sementara itu, kedua-dua pihak juga akan merangka beberapa program jangka panjang bagi sukan tersebut terutamanya persediaan dalam menghadapi temasya Sukan Para Asean di sini tahun 2017.

Liputan Televisyen oleh RTM

14481978_10155137916643484_1095476245803350295_o 14484612_10155137876123484_7396850970338680770_n14492424_10155137876048484_4194962525023875505_n